Brain dump

July 13th 2023 · 370 words, 2 minute read

BRAIN DUMP

Jika kalian selalu over thinking, ada Anxiety, Depression, Panic Attack, stress atau lost di dalam kehidupan harian, saya akan cadangkan kaedah Brain Dump untuk meringankan fikiran (Declutter your mind and thought).

  1. Brain Dump adalah kaedah yang sangat mudah untuk clearkan minda kita, dan menguruskan pemikiran serta otak kita.

  2. Brain Dump sangat membantu dalam meningkatkan fokus pada perkara penting yang perlu dilakukan.

  3. Teknik ini sangat berkesan untuk mencegah Panic Attack, Anxiety, Depression serta mengurangkan keserabutan hidup kita.

  4. Yang paling penting, Brain Dump sangat membantu dalam menguruskan masa kita dengan lebih berkualiti serta mengurangkan over thinking.

  5. Ini bermaksud, aktiviti ini dapat membantu kita menjadi orang yang lebih tenang dan produktif.

  6. Bahan yang diperlukan untuk aktiviti Brain Dump adalah sebuah Notebook, sebatang pen, highlight atau sehelai kertas jika kalian tidak mahu menggunakan notebook.

  7. Tuliskan setiap perkara yang berlegar di dalam fikiran kita sekarang.

Tuliskan semuanya.

  1. Biasanya saya akan cadangkan client saya untuk melakukan aktiviti ini di dalam notebook khas untuk aktiviti Brain Dump.

Ini membolehkan client saya melihat kembali aktiviti Brain Dump yang lepas untuk melihat pattern pemikiran dan kenapa hari itu beliau rasa down dan serabut.

  1. Dengan mempunyai Notebook Brain Dump, kalian akan dapati ada hari tertentu penuh buku catatan itu, dan ada hari tertentu hanya beberapa point sahaja.

  2. Cadangan saya, kalian boleh memilih untuk melakukan secara harian atau seminggu sekali.

Tetapi cadangan terbaik saya adalah kalian wajar lakukan setiap kali kalian down, serabut, stuck dengan sesuatu problem atau isu, sedang marah-marah atau emosi kurang stabil.

Aktiviti Brain Dump ini sangat membantu untuk kita relakskan kembali diri kita serta menyusun hidup pada jalan yang lebih tenang.

Esoklah sambung #Part2 Brain Dump. Haha

Norzi Malek
Occupational Therapist (OT)
Dari Therapist Untuk Therapy

See Translation